雪州双溪槟榔区民防部队成立 暨第六期基础培训班结业晚宴



Majlis Pelancaran
Pertubuhan Pasukan
Anggota Sukarela JPAM,
Unit Sg Pinang
&
Penyampaian
Sijil JPAM
Kursus Asas Siri 6

Tarikh : Jumaat, 8hb Januari 2010
日期 : 2010年 1月 8日 (星期五)
Masa : 7.00 malam 时间 : 晚上七时正
Tempat 地点 : Hotel Prescott, Klang


Agenda 流程表
6.30 PM Pendaftaran Anggota JPAM 民防部队员报到
Ketibaan Tetamu Kehormat 贵宾入席
Lagu Negaraku & Lagu JPAM 唱国歌及民防歌
Ucapan oleh Leftenan Muda(PA)
Lee Chee Chun,PJK 李至尊少蔚致词
Ucapan oleh Leftenan Ruslan Bin Lok
Timbalan Pengarah Angkatan & Pengurusan
Upacara Pembukaan & Perasmian oleh
Y.A.S Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Tuan Selamat Bin Haji Dahalan 开幕典礼
Makan Malam & Persembahan 晚餐 & 表演
Penyampaian Sijil 颁发文凭
10.30PM Selamat Malam 晚安!


Sentiasa Bersedia
Marilah Kita Semua
Berganding Bahu Mengembeling Tenaga
Berbakti Dalam Pertahanan Awam
Untuk Bangsa Kita
Padukan Jiwa dan Raga
Sedia Berkorban Apa Saja
Memberi Dengan Ikhlas Khidmat Mulia
Negara Tercinta
Malaysia Bumi Yang Bertuah
Kami Sungguh Bangga Menjadi Warga Setia
Penuh Azam Dan Tekad Bersama
Berkhidmat Untuk Keselamatan Rakyatnya
Kita Sentiasa Bersedia
Menjunjung Wawasan Semua
Ke Arah Hidup Aman Dan Sentosa
Malaysia Jaya


Majlis Penasihat
1. Dato’ Mejer Bersukutu (PA) Tan Kim Hua, DSSA, AMS,JP
2. Dato’ Dr Mejer Bersukutu (PA) George Ng Teck Hoe, DSSA
3. Leftenan Kolonel Bersukutu (PA) Andrew Goh Boon Kim, AMS
4. Mejer Bersukutu (PA) Lee Siong Moon, PJK
5. Kapten Bersukutu (PA) Dato’ Dr Tiew Min Huat
6. Leftenan Muda (PA) Lee Chee Chun, PJK





Sekapur Sirih
Pengarah Pertahanan Awam
Negeri Selangor
MEJAR (PA) MULLIADI AL-HAMDI BIN LADIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
lantaran dengan keizinan serta inayah-Nya berpeluang merakamkan sepatah dua
kata dalam Buletin MCA bagi tahun 2010 yang baru menjelang ini. Saya berharap
dengan penerbitan pertama ini akan menambahkan lagi keakraban warga Pertahanan
Awam umumnya dalam mempamerkan satu entiti Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) yang unik dan objektif yang jelas mengenai peranan JPAM.
Sekarang ini, warga JPAM sedang giat dalam proses pembangunan dan penjanaan
perkhidmatan yang lebih matang serta kolektif untuk membentuk imej JPAM yang
unggul lagi mantap. Nilai dan sikap sebegini adalah tunjang kepada kekuatan untuk
menjana kita kearah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Justeru, sebagai
langkah meningkatkan keupayaan dan potensi JPAM, saya menyarankan kerjasama
dan semangat kekitaan yang lebih jitu di antara warga JPAM ditingkatkan lagi.
Saya amat gembira dengan pelancaran penubuhan JPAM Unit Sungai Pinang dibawah
kelolaan Jawatankuasa MCA ini. Diharap semangat ini tidak berakhir setakat
ini sahaja tetapi pambaharuan dan anjakan paradigma yang berterusan amat diperlukan.
Sebenarnya penubuhan JPAM Unit ini telah berjaya membantu JPAM untuk
mencapai objektifnya dalam mempersiapkan seberapa ramai anggota masyarakat
dengan ilmu pertahanan awam. Saya bagi mewakili pihak Jabatan ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa MCA Sungai Pinang diatas
komitmen, sokongan dan dorongan kepada pihak JPAM dalam menyampaikan ilmu
serta pengetahuan yang berkaitan melalui kesungguhan penubuhan JPAM Unit ini.
Rasionalnya, langkah Pertahanan Awam adalah apa jua langkah yang diambil oleh
sesiapa pun bagi mempertahankan orang awam dan melakukan pemulihan daripada
sebarang risiko atau keadaan yang boleh menggugat keselamatan nyawa dan
kesejahteraan orang awam serta harta bendanya. Sesiapa yang melaksanakan
langkah ini adalah menjalankan tugas dan fungsi Pertahanan Awam.
Akhir kata, saya menyeru kepada warga Pertahanan Awam supaya berganding bahu
memikul amanah serta berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam merealisasikan visi
dan misi unggul JPAM. Semoga JPAM akan terus gemilang.
Sekian, Wassalam.


Leftenan Muda (PA)
Lee Chee Chun, PJK
Dengan segala hormat dan ribuan terima kasih
diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan
yang sudi menghadiri ke Majlis Pelancaran
Pertubuhan Pasukan Anggota Sukarela JPAM Unit
Sungai Pinang, Selangor. Ini merupakan satu
penghargaan yang amat bangga bagi kami di mana,
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di
sepanjang masa dalam jamuan ini adalah merupakan
suatu tanda sokongan moral yang tidak berbelah
terhadap pasukan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang kami hormati,
Pasukan JPAM Unit Sg Pinang ditubuhkan adalah merupakan satu langkah
merealisasikan konsep “1 Malaysia”. Semoga penubuhan sebagai salah satu
cawangan JPAM dalam bidang penyelamatan dapat melahirkan lebih ramai
anggota penyelamat professional bagi menjayakan projek-projek pembangunan
negara sama ada di sektor awam mahupun swasta. Dengan bertambahnya
anggota penyelamat di kawasan Sg Pinang ini, saya yakin penduduk—
penduduk di kawasan Sg Pinang akan mendapat pertolongan kecemasan yang
lebih lengkap, berkualiti dan sempuna.
Justeru itu, adalah diharapkan agar penubuhan Pasukan JPAM Unit Sg Pinang,
Selangor ini dapat menjadi salah satu pasukan penyelamat yang diketahui oleh
penduduk-penduduk kawasan Sg Pinang dan sekitarnya.
Akhir kata, bagi memastikan misi dan visi Pasukan JPAM Unit Sg Pinang dapat
dicapai, pihak kami berharap mendapat sokongan yang sepenuhnya dan
berterusan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan. Kami juga memerlukan
maklumbalas daripada semua pihak mengenai keberkesanan program yang
telah dijalankan ini dimana tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan nasihat
atau pendapat anda melalui saluran yang tersedia di laman blog yang
beralamat seperti berikut : http://jpamsungaipinangselangor.blogspot.com.
Mudah-mudahan maklumbalas ini dapat menjadi garis panduan kami supaya ke
arah cemerlang dan memantapkan lagi pasukan ini sebagai satu unit pasukan
penyelamat yang berkualiti.
Sekian, terima kasih.

0 评论: