Konsep 1Malaysia


Salam Sejahtera kepada semua sekalian!Disini saya ingin berkongsi pandangan dengan semua rakan-rakan politik saya di MCA tentang konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Dato Seri Najib Tun Razak.
Sebenarnya konsep-konsep sebegini telah dipupuk sejak lama lagi mahupun di golongan rakyat ataupun kerajaan.Konsep sebegini telah lama dikongsi oleh rakyat Malaysia sebelum merdeka lagi.Biar saya jelaskan apa pandangan saya tentang 1Malaysia.1Malaysia bukan sekadar satu slogan yang dilaung-laung untuk sedap didengar ataupun untuk publisiti jangka pendek.1Malaysia perlu merangkumi semua aspek termasuk minda,inspirasi,keazaman,kreativiti,keikhlasan dan kerharmonian sebagai seorang warga Malaysia.Bukan sekadar perpaduan kaum saja yang boleh merealisasikan visi ini.
Contohnya, seseorang yang berjaya dalam bidang perniagaan perlu mempunyai sikap-sikap tertentu , seperti rajin , tekun , jujur,inovatif ,tepat janji ,tepat masa ,keyakinan,menghormati orang lain ,rendah diri,murah hati dan sebagainya.Ciri-ciri sebeginilah yang membolehkan dia menjadi berjaya atau disegani oleh orang ramai sebaliknya orang yang tak berjaya juga mempunyai sikap-sikap tertentu yang menyebabkan dia tak berjaya seperti malas , senang putus asa, angkuh, tidak menghormati orang lain , busuk hati , kedekut ,tidak bersyukur.
Sebenarnya aspek-aspek sebegini juga seperti konsep 1Malaysia.Untuk menjadikan 1Malaysia sebagai satu kenyataan ataupun satu visi yang berjaya , ia melibatkan sikap-sikap rakyat dan pemimpin supaya dapat berganding bahu untuk merealisasikannya.Tanpa sikap - sikap yang positif atau selaras dengan 1Malaysia maka ia tak akan berjaya.Sepertimana dengan cerita 'orang yang berjaya' tadi,jika seseorang tu tidak peramah,kecil hati, sikap perkauman,hipokrit,fitnah,pentingkan diri sendiri,suka buat kacau bilau,tidak munasabah,tiada kesabaran,tamak,ego,tidak menghormati orang lain,kolot, suka mencaci ,berfikiran sempit maka orang-orang seperti inilah yang menjadikan dunia kacau-bilau.Bah orang kata , kita semua tinggal di satu negara yang besar seperti ikan-ikan yang tinggal bersama di sebuah akuarium yang besar.Jika terdapat seekor ikan A yang tidak berpuas hati dengan seekor lagi ikan B ,ia menyimpan dendam dan terus membuat hal dalam akuarium itu.Ia pun tiap-tiap hari berak dengan banyak didalalm akuarium itu supaya dapat membunuh ikan B itu .Bila hari makin lama , pencemaran air telah berlaku ,semua ikan didalam akuarium jatuh sakit termasuk ikan A dan B, akhirnya semua ikan pun mati.
Perkara ataupun sikap 'lose lose situation' sebegini kena dimusnahkan sama sekali dikalangan rakyat Malaysia.Kita perlu ditanamkan semangat ataupun sikap 'win win situation' untuk membolehkan semua rakyat hidup denagan aman dan harmoni.
Jika rakyat Malaysia pada hari, tidak memupukkan semangat muhibah sepertimana atuk nenek kita yang membinanya , mana mungkin 1Malaysia akan jadi realiti?Kalau kita selalu melihat sesuatu kaum dipandangan yang serong atau negatif, dimanakah ada kemungkinan kita memahami keunikan atau keindahan mereka.Kalau kita selalu mendengar berita-berita negatif tentang sesuatu kaum tanpa turun ke padang dan bergaul dengan mereka ,kita akan menjadi seperti katak dibawah tempurung, asyik dengar orang cakap saja padahal tak pernah kita merasainya atau melihatnya.
Pernah saya makan di satu jamuan perkahwinan di kampung saya , seorang budak melayu dalam umur 6-7 tahun mengayuh basikal lalu dan bertanya dengan saya, " abang ni minum arak ke?" kata si budak itu.Saya jawab ," dik, ni cina teh panas la bukan XO nampak aje macem XO."Sambil tu saya berfikir , kenapa pulak budak ni kata saya minum arak,siapa yang memberi message kepada mereka yang semua orang Cina yang hadir ke jamuan ni mestilah minum arak?Mesti ada faktornya?Sama seperti yang ada setengah-setengah orang Cina yang sentiasa ingat orang Melayu pastinya kahwin 2 atau 3 dalam sepanjang hayat mereka ataupun mereka malas bekerja?Orang India suka pukul isteri ataupun gangster?Orang Cina suka tipu dalam business ,tidak cintakan negara?Adakah fenomena sebegini mengambarkan keseluruhan kaum?Adakah adil jika seseorang daripada kaum itu buat salah maka ia mencerminkan semua?
Kita cuma perlukan satu perkara untuk menjayakan konsep 1Malaysia iaitu 'SIKAP', tak perlu bincang hingga ke bulan ataupun langit.Sikap rasional kena dipupuk sejak kecil lagi.Just simplify and make it simple.We must invest in human capital -to cultivate a good attitude and behaviour among all Malaysian.Let them know how beautiful is Malaysia.Let us marvel every beauty and goodness of every Malaysian.Let us build up this country with sincerity and credibility.
Action speaks louder than words!

Cuba fikirkanlah, salam perkenalan!

1 评论:

lookcow 说...

祝贺天下的母亲,天天快乐、安康。
Happy Mother's Day

牧牛人