Kempen Menangkap Tikus Perlu Dikaji Semula

(Puchong 1hb) MCA Selangor Youth Chief Dr. Kow Cheong Wei menyeru supaya pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) patut menjalankan langkah pembersihan terdahulu sebelum menjalankan kempen ganjaran menangkap tikus oleh penduduk.

Beliau berkata, pihak berkenaan adalah tidak bertanggung-jawab langsung untuk menjalakan Kempen Ganjaran Menangkap Tikus oleh Penduduk sebelum menjalankan langkah pembersihan setempat.

Banyak jenis penyakit / Virus yang tersebar oleh tikus, kalau penduduk terhidap apa-apa penyakit selepas menangkap tikus dalam penyertaan Kempen menangkap tikus, siapakah yang patut bertanggung-jawab? Beliau bertanya.



Beliau adalah melawat ke tempat pembiakan tikus lorong belakang kedai dalam kawasan Puchong selepas merasmikan Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh YMM kawasan Puchong.

Dr.Kow berkata pada hujung tahun 2007 , semasa beliau menjawat sebagai Ahli Majlis MPSJ pun telah berusaha sama dengan pihak syarikat Pest Control untuk menjalankan Kempen Membasmi Makhluk Perosak (Tikus) di kawasan perniagaan dan perusahaan kawasan Kenari, Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Beliau berkata pada empat bulan pertama selepas kempen tersebut dijalankan telah mendapat sambutan kesan yang positif iaitu telah menghapuskan setengah bilangan tikus yang ada pada kawasan tersebut, tetapi tidak tahu apa-apa alasan program kempen tersebut telah diberhentikan dan terdapat aduan daripada peniaga-peniaga setempat bilangan tikus semakin bertambah.

Beliau adalah bercadang 3 pandangan terhadap perkara ini supaya menangani masalah pembiakan tikus yang semakin bertambah dalam kawasan Puchong.

Pertama adalah pihak MPSJ patut mengkategorikan Program Kempen Menghapuskan Tikus sebagai program yang kerap dilakukan; Kedua adalah Program Kempen Menghapuskan Tikus patut menyerahkan kepada pihak Pest Control atau berkenaan untuk menjalankan dan bukanya penduduk sendiri. Ketiga adalah berharap pihak MPSJ supaya tidak membenarkan penduduk sendiri yang terus menyentuhkan kempen menangkap tikus kerana ianya akan membawa kesakitan terhadap penduduk melalui penyebaran virus / bacteria oleh tikus.

Dr. Kow berkata, kempen menghapuskan tikus adalah berlain dengan kempen menembak gagak dimana ianya adalah ditembak oleh penembak yang telah dan pernah dilatih sebagai seorang penembak tetapi menghapuskan tikus atau makhluk perosak bukan diserahkan kepada pihak professional yang berkenaan sebaliknya penduduk sendiri yang melakukan.

Beliau berkata bukan sahaja tidak terus menyerahkan kepada pihak MPSJ untuk mendapat ganjaran RM 0.50 untuk seekor tikus, tetapi penduduk tidak langsung tahu bagaimana cara untuk menyimpan bangkai tikus. Kalau tidak tahu cara menyimpan bangkai akan terus menyinggung kesihatan penduduk sendiri.

Beliau berkata, pihak MPSJ patut menunda Program Kempen Membasmi Tikus dan Tindakan Kempen Pembersihan kawasan Setempat adalah diutamakan dahulu baru mendapatkan kesan positif yang diinginkan.