Pertandingan Futsal Piala Belia Petaling Jaya Utara

Dengan segala hormatnya menjemput saudara/saudari & rakan-rakan untuk menghadiri Pertandingan Futsal anjuran Persatuan Belia Petaling Jaya Utara yang akan berlangsung pada 12hb Desember 2010 (Ahad), jam 11.00 pagi di Futsal Sports Centre, beralamat di No. 4, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya. Tema acara ini ialah 'Belia Cergas Negara Teguh'.

Kehadiran anda adalah amat dihargai kerana ia merupakan tanda sokongan penuh anda kepada usaha kami dalam menerapkan nilai-nilai semangat kesukanan, semangat perpaduan dan tabiat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan belia Petaling Jaya Utara. Segala maklumat lanjut sila berhubung dengan Perry Tan 013-733 8383.

"Belia Cergas Negara Teguh"

0 评论: