Generasi Belia Dunia Siber


Salam Sejahtera !Mengikut perangkaan statistik golongan belia di negara ini akan dijangka meningkat kepada 19.3 juta orang menjelang 2010 berbanding 7.3 juta yang direkodkan pada masa ini.Sehingga March 2009,dunia mempunyai hampir 1,596270,100 pengguna internet dan 80 % adalah golongan belia.Justeru itu,generasi muda hari ini perlu dipertikaikan dari sudut tingkah laku dan pemikiran yang sewajarnya dengan perkembangan di dunia siber dan isu-isu semasa supaya mereka dapat berada dilandasan yang betul.Tidak dapat dinafikan bahawa modal atau khazanah yang terbesar disatu negara bukanlah dari sumber-sumber semulajadi seperti minyak,bijih timah,besi ataupun berlian.Khazanah yang terbesar adalah golongan manusia yang dapat mempertahankan negara dari segi politik , ekonomi ,bangsa , negara dan agama-iaitu golongan belia.Apa gunanya kita mempunyai pelbagai kekayaan sumber semulajadi tetapi tidak mempunyai golongan manusia yang mampu mempertahankannya?
Golongan belia memainkan peranan yang penting di sebuah masyarakat kerana mereka mempunyai semangat yang membara , aggresif serta idealisme yang tinggi.Jika diberi 1000 orang muda ke medan perang ,mereka mampu mengoncang dunia berbanding dengan 10,000 orang tua.Mereka mempunyai badan dan minda yang sihat,kuat dan aktif.Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat,komunikasi, perniagaan dan penyiaran seharusnya menjadi medan dakwah yang boleh disuburkan oleh golongan belia.Pada zaman teknologi ini , golongan belia mampu memberi impak dan momentum di dunia siber dari segi idea,pandangan,cadangan dan kritikan.Contohnya ,pemuda -pemudi mampu menjadi usahawan siber dengan menggaut keuntungan didunia siber tanpa bekerja di ofis-seperti forex,jual-beli,iklan,perkhidmatan dan lain-lain.Sebaliknya mereka menjadi penganggur siber ataupun sampah masyarakat di dunia siber jika mereka menyalahgunakan internet-seperti bermain games, porn surfing, spamming, menyebar khabar angin ,bad publicity dan lain-lain -'every individual has the ability in creating good and bad publicity in the cyber world'. Dulu kita kena bayar iklan untuk menyiarkan publisiti tetapi dengan adanya internet, dunia telah bertukar menjadi tiada sempadan, segala publisiti adalah percuma.Setiap individu boleh dan berhak menulis rencana dalam bentuk memuji,mengkritik ,membina,memusnah pelbagai -bagai pihak seperti individu,kerajaan,syarikat,parti politik,negara,pemimpin,keluarga dan lain-lain.Oleh itu ,golongan belia memerlukan anjakan paradigma supaya menjadi generasi kelas pertama dinegara kita.Mereka perlu mengambil kesempatan di dunia siber ini untuk melangkah ke masa depan yang penuh dengan cabaran secara positif . Justeru itu , kerajaan perlu memberi galakan dan sokongan terhadap usaha pelbagai pihak ke arah melahirkan generasi belia kelas pertama yang sedang dinantikan masyarakat.

0 评论: