Perbincangan penduduk, JMB kecoh

KINRARA Perbincangan penduduk bersama Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) di pangsapuri Ki:nrara Court Seksyen 1 di sini, pagi semalam bertukar kecoh apabila masing-masing bertikam lidah dalam mencapai kata sepakat dalam isu dibangkitkan.

Difahamkan, penduduk tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan pangsapuri berkenaan berhubung isu penyelenggaraan kediaman berkenaan dan mendakwa pihak terbabit mengambil komisen dalam pembayaran bil yang dikutip setiap bulan.

Malah dalam perbincangan turut dihadiri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Dr Kow Cheong Wei itu, penduduk dikatakan tidak berpuas hati apabila mendakwa banyak berlaku kes jenayah berikutan pengurusan tidak membuka lampu tangga pada waktu malam.

Bagaimanapun kekecohan berkenaan mulai reda apabila Cheong Wei yang juga Ketua Pemuda MCA Selangor campur tangan bagi meredakan suasana.

Penduduk, Lim Choon Yong, 58, berkata, pihaknya kesal kerana sejak tujuh tahun lalu, lampu di tangga blok rumah pangsa ber- kenaan tidak lagi dibuka sehingga menyebabkan banyak berlakunya kes kecurian dan sebagainya.

“Pada 5 November lalu, sebuah motosikal turut dibakar individu tidak bertanggungjawab di bawah pangsapuri terbabit dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk.

“Persoalannya mengapa pihak pengurusan tidak membuka lampu tangga di 23 blok pangsapuri itu sedangkan bil penyeleng-garaan yang perlu dibayar adalah tinggi iaitu RM33 setiap bulan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Dennis Jambu, 63, berkata, penyelenggaraan pangsapuri terbabit semakin tidak memuaskan dan penduduk terpaksa memasang lampu kaki lima bagi men-gelakkan menjadi mangsa jenayah.

“Apabila tiada lampu tangga, keadaan pangsapuri jadi terlalu gelap dan menyusahkan penduduk setempat terutama pada waktu malam.

“Penduduk terpaksa memasang lampu sendiri di depan rumah namun ia turut menyukarkan sekiranya ada di antara mereka tidak membukanya untuk menjadi kegunaan jiran tetangga lain,” katanya.

Sementara itu, Cheong Wei ketika mendengar permasalahan itu berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk berkenaan kebimbangan apabila kawasan pangsapuri terbabit dikatakan terlalu gelap pada waktu malam kerana tidak kemudahan lampu tangga.

Menurutnya, beliau difahamkan pihak pengurusan yang baru mengambil alih pentadbiran penyelengga-raan pangsapuri berkenaan meminta penduduk memasang lampu di depan rumah sendiri.

“Perkara terbabit perlu di bincang kembali kerana kemudahan lampu adalah untuk keselamatan penduduk dan menghindari kegiatan jenayah. Masalah timbul apabila penduduk yang memasang lampu individu adakala tidak membukanya pada waktu malam.

“Masalah yang dibangkitkan akan cuba diselesaikan dalam satu mesyuarat tergempar (EGM) yang bakal diadakan 6 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggesa penduduk hadir bagi mengutarakan masalah masing-masing bagi mencari penyelesaian.

“Setakat ini, saya difahamkan antara masalah yang diutarakan adalah masalah lampu tangga, kewujudan semak-samun yang didakwa menyebabkan masalah tempat pembiakan nyamuk dan kemudahan parkir kereta.

“Mengenai masalah penduduk yang mendakwa tidak suka dengan pimpinan JMB, mereka ada hak menukar jawatankuasa itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan setiap tahun.

0 评论: