Teks Ucap Utama Dr Kow Cheong Wei, Ketua Pergerakan Pemuda MCA Negeri Selangor Menjelang Mesyuarat Agung Ke- 40, 4hb Julai 2009, Wisma MCA

Gagah Gerak Berpandukan Pemikiran
Pemuda MCA Selangor terpaksa akur dengan pencapaian politik pada masa sekarang walaupun perjuangan telah merentasi hampir setengah abab. Hasil perjuangan banyak terpengaruh dengan fakta-fakta kemajmukan masyarakat, perbezaan agama, status ekonomi semasa, jentera pentadbiran kerajaan dan isu dalaman parti, khalayak masyarakat. Dalam keadaan yang serba kekurangan ini, hasrat dan semangat perjuangan mesti diperkasakan lagi. Buah pemikiran diri, pandangan ahli-ahli dan kehendak rakyat perlu diterapkan sebagai penunjuk arah dan aset perwatakan Pemuda MCA Selangor mulai sekarang. Kita tidak akan mengaku kalah kerana tidak ada sebab yang munasabah supaya kita mengaku kalah.

Tukar Langkah dan Terus Mara
Pemuda MCA Selangor menyahut seruan supaya insan pemuda pemudi menpertingkatkan kekerapan perbincangan isu politik dalam kehidupan harian. Corak dan inti perbualan politik yang berkualiti, berwawasan dan rasional perlu dipraktikan oleh pemuda pemudi sejagat. Tujuannya tidak lain daripada mendalami ilmu politik individu, supaya individu yang matang politik dapat mengatasi cabaran dan rintangan dalam era politik masa depan. Pemuda MCA Selangor mencadangkan bahawa Pergerakan Pemuda MCA perlu disebayakan dengan ahli-ahli perempuan. Dalam sejarah penubuhan Pergerakan Pemuda, asalannya adalah sayap MCA yang merangkumi lelaki dan perempuan. Pembahagian dibuat dengan sayap wanita selepas itu atas kesesuaian dan rentak pembangunan manusia. Kini, tiba pula musim teknologi, abab 21, pemikiran baru. Pemuda MCA Selangor mengharapkan pucuk pimpinan MCA Kebangsaan dapat menunaikan kehendak pemuda pemudi kian hari.

Satu Malaysia
Konsep Satu Malaysia tepat dengan keperluan dan tahap pembangunan semasa. Pemuda MCA Selangor mengalu-alukan usaha kearah libelisasi , revolusi dan perubahan berwawasan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Kita terperanjat dengan pengumuman pembubaran ekuiti 30% bumiputra oleh YAB baru-baru ini, begitu cepat dan jitunya tindakan seorang Perdana Menteri. Ini satu langkah ke arah menyahut cabaran pasaran dunia, dan mempertingkatkan daya persaingan perlaburan antarabangsa. Marilah kita memerhati tindakbalas parti lain, yang sebelum ini memainkan isu pasaran buka untuk mengaut undi dalam pilihanraya, tetapi kini bantah pengumuman ini, ini diibaratkan sebagai serigala yang menyamar dengan bulu kambing biri-biri

Tingkatkan Keyakinan Diri Demi Perjalanan Yang Jauh
Pemuda MCA berperanan penting dalam konteks pembangunan Negara. Perwatakan ini terencat menjelang 8hb Mac 2008. Kecenderungan undi gologan muda boleh ditaksirkan dengan 3 persepsi utama iaitu 1) dasar kerajaan Barisan Nasional dikatakan telah usang ; 2) Golongan muda berasa bosan dengan corak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional; 3)Jentera Barisan Nasional tidak memperlihatkan scenario yang cerah. Inilah taksiran pengundi muda mirip kepada Pakatan Rakyat sungguhpun mereka hanya menwar-warkan kelemahan BN tanpa manifesto yang konkrit. Pemuda MCA berada di simpang, perlulah kita memulakan perjuangkan di atas pentas baru, halatuju baru, keputusan akhir tertakluk kepada keyakinan baru pemuda MCA. Keyakinan yang dipupuk selain daripada dengan usaha yang gigih, pengaruh teknologi ICT dalam dunia tanpa sempadan, kepintaran, kebijaksanaan dan daya analisa dari masa ke semasa adalah penentu keputusan akhir nanti.

Impian Golongan Muda
Definasi impian golongan muda tidak lain daripada sistem demokrasi yang utuh, pasaran persaingan terbuka, pentadbiran yang transparen, kualiti kehidupan yang meningkat dan politik Negara yang stabil. Kita yakin dan percaya, inisiatif dan langkah yang telah dan akan diambil oleh pimpinan Barisan Nasional akan mengecapi alam impian golongan muda nanti. Kita juga menyeru Pakatan Rakyat supaya lekas memperbaiki kelemahan pentadbiran kerajaan 4 negeri yang ditadbirnya supaya persaingan politik realiti diutarakan pada masa depan, jika tidak, taktik maki hamun, melahirkan rasa benci, cara kutuk masih akan digunakan oleh pakatan untuk mengaut undi, ini akan melambatkan proses kematangan politik Negara. Kepada individu, kita perlu tambah kekerapan interaksi antara pemuda MCA dengan pemuda bangsa lain, pemuda MCA perlu mengambil inisiatif ini supaya perhubungan antara Cina dan bangsa lain tidak terletak dalam keadaan terpencil.

Pentadbiran Berlandaskan Kepentingan Rakyat
Golongan pemuda tidak munasabah dengan mana-mana dasar atau corak pentadbiran yang simbolik tanpa asas. Kepentingan Rakyat perlu diutamakan. Golongan muda juga mengalu-alukan polisi yang konkrit, kita menolak sebarang tindakan yang pesong ataupun semata-matanya untuk menghiasi kelemahan yang sedia ada. Pemuda MCA Selangor berasa ragu dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan pakatan di Selangor. Pakatan menghulurkan wang ringgit kepada rakyat untuk menjalani kerja-kerja menanggal iklan haram, tangkap tikus, mengapa dibayar? Mungkin kerja-kerja ini berisiko tinggi, iklan itu iklan Ah Long, tikus bawa penyakit, adakah ini sebaya dengan sahutan Rakyat adalah Taukeh Kerajaan. Kebelakangan ini dikeluarkan pula borang rasmi kerajaan bagi pendaftaran kontraktor yang memaksa pemohon mesti mendapat sokongan Ahli Parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat Sahaja.

Usaha untuk Nyahkan Belenggu Politik Semasa
Pemuda MCA Selangor menyarankan supaya suasana politik yang lega, gembira, tanpa sengketa, tanpa kebencian diwujudkan. Dunia politik yang bersaing dengan asas kebolehan pemimpin, kebenaran yang di perjuangkan, pertingkatkan populaliti melalui sikap positif perlu disemai mulai sekarang. Tingkah laku penipuan, laungan tanpa asas, ‘political show’ dan sebarang perbuatan yang mengugat ketenteraman social perlu dikikis sama sekali. Kepada mana-mana pihak yang telah mengaitkan diri dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, inilah masanya untuk undur.

0 评论: