Bersedia di Barisan Hadapan, Berjuang Berterusan

Pemuda MCA tetap akan bersedia bila-bila masa di barisan perjuangan politik kebenaran di bawah pimpinan MCA dan Barisan Nasional. Masih teringat pada tahun 2009, Pemuda MCA telah membangkitkan isu pasir dan telah mencadang kerja-kerja pengeluaran pasir pada waktu pejabat sahaja, kami setuju dengan cadangan kerajaan PR iaitu tender awam dan dibuka kepada rakyat umum, tapi apa telah berlaku setakat ini. Isu lain termasuk pengiklanan, kawalan haiwan perosak, penbentangan laporan kewangan 4 penggal setahun, kawal selia pusat hiburan, pinjaman/biasiswa kerajaan negeri, perancangan tempatan juga telah diketengahkan, rakyat masih tunggu perubahan. Pada masa yang sama, pemuda MCA bertungkus lumus untuk melengkapi jati diri, Siri Latihan Mesyuarat Dewan Undangan telah dimulakan, taktik perbahasan, tatacara mesyuarat, undang-undang penubuhan kerajaan adalah asas sebagai pemimpin negeri.

Petikan ucapan pemimpin Negara China Deng Xiao Ping yang bermaksud “ Penceburan pemuda dalam bidang politik selain daripada mempertingkatkan daya pimpinan pemuda tersebut pada masa depan, ia juga memadatkan daya gerak politik semasa”, ahli falsafah politik Frankford menyatakan “ Tenaga muda dalam jentera kepolitikan membolehkan negara tersebut berpandangan jauh”, pemimpin Pemuda MCA mendiang Dato JP Sim Bok Yi kata “ Berpolitik adalah tanggungjawab pemuda, tanggungjawab itu ialah masa depan negara”.

Kami harap, rakyat Selangor yakin dan percaya dengan keikhlasan dan perjuangan Pemuda MCA khursusnya dan Pemuda BN secara amnya, kami pasti berpulih dari lencongan PRU12, harapan rakyat Selangor, biarlah kita sama-sama menjayakan.

0 评论: