显示标签为“Teks Ucapan Dr Kow Cheong Wei”的博文。显示所有博文
显示标签为“Teks Ucapan Dr Kow Cheong Wei”的博文。显示所有博文

Bersedia di Barisan Hadapan, Berjuang Berterusan

|0 评论
Pemuda MCA tetap akan bersedia bila-bila masa di barisan perjuangan politik kebenaran di bawah pimpinan MCA dan Barisan Nasional. Masih teringat pada tahun 2009, Pemuda MCA telah membangkitkan isu pasir dan telah mencadang kerja-kerja pengeluaran pasir pada waktu pejabat sahaja, kami setuju dengan cadangan kerajaan PR iaitu tender awam dan dibuka kepada rakyat umum, tapi apa telah berlaku setakat ini. Isu lain termasuk pengiklanan, kawalan haiwan perosak, penbentangan laporan kewangan 4 penggal setahun, kawal selia pusat hiburan, pinjaman/biasiswa kerajaan negeri, perancangan tempatan juga telah diketengahkan, rakyat masih tunggu perubahan. Pada masa yang sama, pemuda MCA bertungkus lumus untuk melengkapi jati diri, Siri Latihan Mesyuarat Dewan Undangan telah dimulakan, taktik perbahasan, tatacara mesyuarat, undang-undang penubuhan kerajaan adalah asas sebagai pemimpin negeri.

Petikan ucapan pemimpin Negara China Deng Xiao Ping yang bermaksud “ Penceburan pemuda dalam bidang politik selain daripada mempertingkatkan daya pimpinan pemuda tersebut pada masa depan, ia juga memadatkan daya gerak politik semasa”, ahli falsafah politik Frankford menyatakan “ Tenaga muda dalam jentera kepolitikan membolehkan negara tersebut berpandangan jauh”, pemimpin Pemuda MCA mendiang Dato JP Sim Bok Yi kata “ Berpolitik adalah tanggungjawab pemuda, tanggungjawab itu ialah masa depan negara”.

Kami harap, rakyat Selangor yakin dan percaya dengan keikhlasan dan perjuangan Pemuda MCA khursusnya dan Pemuda BN secara amnya, kami pasti berpulih dari lencongan PRU12, harapan rakyat Selangor, biarlah kita sama-sama menjayakan.

Pencorakan Politik Dalam Suasana Gembira

|0 评论
Sebagai peneraju bidang politik yang muda, selain daripada dilatih berdisiplin, hormati orang lain, beragendakan rakyat dan negara, kita perlu menaburkan bijih kegembiraan dalam perjalanan menegakkan politik kebenaran. Individu yang gembira membentuk pasukan yang gembira, pasukan yang gembira menjayakan agenda parti. Jika sebaliknya, lihatlah sekarang, yang membalas dendam, kritik bukan-bukan, lompat-lompat katak, cakap sewenang-wenang, itu tanda politik kegelapan, malap dan tidak bermaya. Kembalikan udara politik yang nyaman untuk generasi akan datang.

Penerokaan Dalam Bidang IT Dimaksimakan

|0 评论
Pemuda MCA penggerak politik generasi baru, penguasaan dalam bidang IT satu aset muktamad dalam karrier politik. Kita perlu mendapat maklumat secara pantas, jitu supaya tindakan susuran dapat diambil serta merta. Sebagai Pemuda MCA, jangan tiru penyalahgunaan IT dalam proklamasi dengki, negatif, bermusuhan sebagaimana yang dipraktikkan oleh parti yang tak bertanggungjawap. IT untuk ketenteraman, pembangunan insan dan penyebaran sipnosis pro-kemanusiaan, tiada rasa benci, berasas dan benar.

Pemuda MCA akan melipatgandakan penggunaan teknologi IT, dan semaikan tabiat anti-proklamasi negatif pada setiap individu Pemuda MCA pada masa yang sama.

Kestabilan Selangor Tunggak Pembangunan Negara

|0 评论
Kerajaan Negeri Selangor perlu mempercepatkan proses perbandaran dasarkan teknologi. Kerajaan PR Selangor tidak perlu bimbang tentang kejatuhan imej atau rasa kecil hati sekiranya rancangan atau usaha kerajaan BN sebelum ini diteruskan, rakyat tidak berniat untuk 'down grade' kerajaan PR sekiranya mereka berbuat demikian. Yang tak sesuai diketepikan, yang praktik disambung, yang membawa hasil digandakan. Kepentingan Selangor mendahului mana-mana kepentingan lain, contohnya liputan WiFi di negeri Selangor, sekiranya cadangan kerajaan BN sebelum ini tidak menepati sasaran, buatlah sesuatu untuk mencapai matlamat tersebut, jangan lepaskan tuduhan pada orang lain, tetapi tiada kemajuan pada diri sendiri.

Baru-baru ini, isu kerusi Menteri Besar, apakah faktor yang mencetuskan persengkataan ini? Jawatan ini dimiliki oleh PKR? Isu kewangan negeri, adakah kerajaan mencari sumber baru untuk mengekalkan kedudukan kewangan? Kita tidak boleh mengekalkan kedudukan kewangan tanpa perbelanjaan pembangunan, jika jalan tak diturap, longkang tak diselenggara, pembangunan pegun dan jimat kerana difisit, masa depan Selangor pasti akan dikuburkan.

Larutkan Politik Racun, Bantu Pemuda-pemudi Analisa Politik Negatif

|0 评论
Kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kerana mereka pandai dan fasih dengan taktik memancing undi yang tepat pada masa dan sasaran. Kita perlu akur dengan 'kehebatan' mereka, tetapi kita bertanggungjawab untuk menjelaskan 'kehebatan' mereka adalah perjuangan politik unsur negatif. Taktik meracuni rakyat dengan isu-isu yang cerca hati dan melemparkan seribu satu janji yang manis mendapat sambutan baik dalam PRU12. Kita jangkakan, mereka akan menggunakan taktik ini dalam PRU13 untuk jatuhkan jentera kerajaan pusat BN. Ini bahaya.

Pemuda MCA memandang berat terhadap politik unsur negatif ini, kami perlu menjelaskan bahawa 1) Dalam sebuah negara majmuk atau berpolalisasi berdasarkan berbilang keturunan, keturunan bukan kuantiti paling ramai tidak berdaya untuk menjatuhkan kerajaan melalui gerak politik; 2) Konsep kewujudan politik dua parti tanpa majoriti mana-mana parti politik dapat berfungsi jika ahli-ahli politik telah mencapai kematangan dan kerasionalan, bukan dalam keadaan yang hadir dengan dengki dan niat balas dendam. 3) Parti yang menang dengan taktik racun dan janji kosong adalah rapuh dan mudah tumbang, cara ini menjauhkan jarak antara teori dan praktikal.

Mindset Baru Untuk Era Politik Baru

|0 评论
MCA adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan demi masyarakat Cina dan telah memainkan peranan utama dalam konteks Kemerdekaan Negara. Watak MCA sebagai penggerak perpaduan negara amat nyata selepas 1957. Kini, MCA telah jejak dalam abab 21, perkembangan teknologi maklumat, pengolakan globalisasi dan pertukaran corak kehidupan manusia, parti MCA berhadapan dengan cabaran besar. Insan sejagat meyahut kehidupan berkebebasan tanpa sempadan, demokrasi, transparensi dan anti-sebarangan tindasan, MCA perlu akur dengan situasi ini yang sebagaimana telah dibuktikan dalam pilihanraya umum ke 12(PRU12). Keikhlasan, semangat dan pencapaian MCA selama ini telah terkaku pada titik PRU12. Sungguhpun MCA telah berjaya merentasi detik manis dan gaung pahit sejak penubuhan, tetapi kini, bagaimana pula?

Pegangan rakyat itu tanggungjawab, kehendak rakyat itu arahnya, kemarahan rakyat kita terima sebagai peluang bangkit semula, kata-kata rakyat itu tiupan seruling permulaan perjuangan baru. Kita perlu bersemangat dan berikhtiar untuk terus berjuang, dengan mindset baru, dengan seruan Satu Malaysia, dengan azam kukuh YAB Dato' Seri Najib; yang rumit kita mudahkan, yang mudah kita sistematikkan, inilah inti berbangkit semula. Samada konsep pembangunan atau aplikasi pentadbiran, ringkas, padat, senang difahami, adil, ketelusan, pandangan jauh adalah faktor utama. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.