Kestabilan Selangor Tunggak Pembangunan Negara

Kerajaan Negeri Selangor perlu mempercepatkan proses perbandaran dasarkan teknologi. Kerajaan PR Selangor tidak perlu bimbang tentang kejatuhan imej atau rasa kecil hati sekiranya rancangan atau usaha kerajaan BN sebelum ini diteruskan, rakyat tidak berniat untuk 'down grade' kerajaan PR sekiranya mereka berbuat demikian. Yang tak sesuai diketepikan, yang praktik disambung, yang membawa hasil digandakan. Kepentingan Selangor mendahului mana-mana kepentingan lain, contohnya liputan WiFi di negeri Selangor, sekiranya cadangan kerajaan BN sebelum ini tidak menepati sasaran, buatlah sesuatu untuk mencapai matlamat tersebut, jangan lepaskan tuduhan pada orang lain, tetapi tiada kemajuan pada diri sendiri.

Baru-baru ini, isu kerusi Menteri Besar, apakah faktor yang mencetuskan persengkataan ini? Jawatan ini dimiliki oleh PKR? Isu kewangan negeri, adakah kerajaan mencari sumber baru untuk mengekalkan kedudukan kewangan? Kita tidak boleh mengekalkan kedudukan kewangan tanpa perbelanjaan pembangunan, jika jalan tak diturap, longkang tak diselenggara, pembangunan pegun dan jimat kerana difisit, masa depan Selangor pasti akan dikuburkan.

0 评论: