Larutkan Politik Racun, Bantu Pemuda-pemudi Analisa Politik Negatif

Kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kerana mereka pandai dan fasih dengan taktik memancing undi yang tepat pada masa dan sasaran. Kita perlu akur dengan 'kehebatan' mereka, tetapi kita bertanggungjawab untuk menjelaskan 'kehebatan' mereka adalah perjuangan politik unsur negatif. Taktik meracuni rakyat dengan isu-isu yang cerca hati dan melemparkan seribu satu janji yang manis mendapat sambutan baik dalam PRU12. Kita jangkakan, mereka akan menggunakan taktik ini dalam PRU13 untuk jatuhkan jentera kerajaan pusat BN. Ini bahaya.

Pemuda MCA memandang berat terhadap politik unsur negatif ini, kami perlu menjelaskan bahawa 1) Dalam sebuah negara majmuk atau berpolalisasi berdasarkan berbilang keturunan, keturunan bukan kuantiti paling ramai tidak berdaya untuk menjatuhkan kerajaan melalui gerak politik; 2) Konsep kewujudan politik dua parti tanpa majoriti mana-mana parti politik dapat berfungsi jika ahli-ahli politik telah mencapai kematangan dan kerasionalan, bukan dalam keadaan yang hadir dengan dengki dan niat balas dendam. 3) Parti yang menang dengan taktik racun dan janji kosong adalah rapuh dan mudah tumbang, cara ini menjauhkan jarak antara teori dan praktikal.

0 评论: