Mindset Baru Untuk Era Politik Baru

MCA adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan demi masyarakat Cina dan telah memainkan peranan utama dalam konteks Kemerdekaan Negara. Watak MCA sebagai penggerak perpaduan negara amat nyata selepas 1957. Kini, MCA telah jejak dalam abab 21, perkembangan teknologi maklumat, pengolakan globalisasi dan pertukaran corak kehidupan manusia, parti MCA berhadapan dengan cabaran besar. Insan sejagat meyahut kehidupan berkebebasan tanpa sempadan, demokrasi, transparensi dan anti-sebarangan tindasan, MCA perlu akur dengan situasi ini yang sebagaimana telah dibuktikan dalam pilihanraya umum ke 12(PRU12). Keikhlasan, semangat dan pencapaian MCA selama ini telah terkaku pada titik PRU12. Sungguhpun MCA telah berjaya merentasi detik manis dan gaung pahit sejak penubuhan, tetapi kini, bagaimana pula?

Pegangan rakyat itu tanggungjawab, kehendak rakyat itu arahnya, kemarahan rakyat kita terima sebagai peluang bangkit semula, kata-kata rakyat itu tiupan seruling permulaan perjuangan baru. Kita perlu bersemangat dan berikhtiar untuk terus berjuang, dengan mindset baru, dengan seruan Satu Malaysia, dengan azam kukuh YAB Dato' Seri Najib; yang rumit kita mudahkan, yang mudah kita sistematikkan, inilah inti berbangkit semula. Samada konsep pembangunan atau aplikasi pentadbiran, ringkas, padat, senang difahami, adil, ketelusan, pandangan jauh adalah faktor utama. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

0 评论: